GEORGE TOWN: Beberapa pemilik premis menjual kenderaan terpakai yang disimbah asid bukan sahaja mengalami kerugian akibat kejadian itu, malah mereka telah turut diperas ugut oleh suspek agar membayar sehingga RM10,000, jika tidak mahu kejadian sama berulang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pemilik premis menjual kenderaan itu memaklumkan, mereka menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada suspek yang memeras ugut itu, selepas kedai mereka menjadi mangsa disimbah asid.
"Sehingga semalam kita terima satu lagi laporan polis, menjadikan keseluruhan 12 laporan yang kami terima sejak 2 Mei dan kejadian tersebut menyebabkan 43 kereta dan 18 motosikal pelbagai jenama mengalami kerosakan, akibat disimbah asid dan cecair disyaki peluntur cat.
"Jumlah kerugian keseluruhan yang dialami oleh pemilik-pemilik premis itu ialah RM60,000 dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi, kami mengesan lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC, yang dipercayai melakukan khianat tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Soffian berkata modus operandi lelaki itu ialah menyasarkan premis menjual kenderaan terpakai, sebelum suspek membaling bungkusan berisi cecair berwarna merah, peluntur cat atau asid ke arah kenderaan dalam kawasan premis tersebut.
Soffian berkata lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan khianat tersebut antara pukul 3 petang hingga 6 pagi seorang diri dan pihak polis menubuhkan pasukan khas serta operasi khas bagi mengesan suspek tersebut.
"Jika pemilik premis enggan membuat bayaran, suspek mengugut akan mengulangi perbuatan itu dan sehingga kini ada premis yang sudah tiga kali disimbah cecair berkenaan, kerana tidak mahu membayar malah tiada pemilik premis menjual kenderaan yang membuat sebarang bayaran kepada suspek," katanya.
Soffian berkata kesemua 12 kes itu disiasat Seksyen 427 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan, serta pihak polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat, agar menyalurkannya kepada polis.
Sementara itu, beliau berkata polis menerima satu laporan daripada pemilik sebuah kedai menjual motosikal di Jalan Datuk Keramat, di sini yang turut menjadi sasaran perbuatan khianat pada 10.42 malam tadi, sehingga menyebabkan retak cermis premis.
"Kami kesan serpihan tembakan dan retak pada cermin premis itu yang dipercayai berpunca daripada tembakan, namun ia tidak membabitkan senjata api tetapi dipercayai menggunakan senapang angin.
"Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek yang menaiki Proton Wira Aeroback berwarna hitam dengan cermin gelap dan setakat ini pemilik premis itu tidak menerima sebarang SMS atau dihubungi suspek," katanya.
Soffian berkata polis sedang menjalankan siasatan sekiranya kes itu mempunyai kaitan dengan kes premis menjual kenderaan terpakai disimbah asid dan jika suspek merupakan orang yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Soffian berkata pemilik premis menjual kenderaan itu menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada suspek yang memeras ugut itu, selepas kedai mereka menjadi mangsa disimbah asid. - Gambar/ Bernama
Banjir Perak: Polis sedia kenderaan ambil, hantar pelajar SMK Alor Pongsu
Bantuan itu diberikan kepada 46 pelajar SMK Alor Pongsu yang terkandas susulan jalan dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
Kes penyeludupan: 10 ditahan, pelbagai barangan dirampas
Seramai 10 individu termasuk seorang wanita ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk penyeludupan hidupan liar dalam operasi khas di Selangor, Terengganu, Sarawak dan Sabah antara 14 hingga 18 Mei lalu.
Ebit Liew tidak berbaju ketika panggilan video - Saksi
Saksi kesembilaan pendakwaan kes gangguan seksual, pendakwah tersohor Ebit Lew mendakwa dirinya sering diganggu secara seksual melalui panggilan telefon.
Ramai jemaah haji dikesan sakit sendi dan otot
Hasil Ziarah Rahmah yang digerakkan Unit Kesihatan Awam, mendapati, sakit sendi dan otot kerana membuat pergerakan jauh untuk melakukan ibadat antara permasalahan dialami jemaah sehingga mendorong pihak fisioterapi turut sama dilibatkan dalam program pendiidkan itu.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Audiologis 20dB Hearing, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khasnya (Charter Train) demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Cuba ceroboh istana, dua individu dipenjara dua bulan
Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret pada Isnin kerana cuba menceroboh masuk Istana Negara, dalam kejadian 7 Mei lepas.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz pada Selasa sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran.
Amerika Syarikat tiada kaitan dengan nahas helikopter Presiden Iran
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd Austin pada Isnin berkata, beliau tidak tahu secara mendalam tentang punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Tambahnya, beliau tidak melihat sebarang kesan yang lebih luas terhadap keselamatan serantau dan tidak boleh membuat sebarang spekulasi mengenai punca nahas itu.
Disimbah asid: Pemilik premis menjual kenderaan terpakai turut diperas ugut
Beberapa pemilik premis menjual kenderaan terpakai yang disimbah asid bukan sahaja mengalami kerugian akibat kejadian itu, malah mereka telah turut diperas ugut oleh suspek.